Ambillah Waktu Untuk Bercinta

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tetapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hiduo, beri kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan.
Tatkala pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan rasa cinta masih mampu berikan kekuatan. Tatkala rsah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.
Itulah kekuatan cinta. Ia satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudia pergi. Semakin lama akan semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai ayng memberi perlindungan. Jika i singgah sebetar kadang2 tergamit juga hati tatkala sunyi.
Cinta adalaha mekanisme untuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut dan lain2 seumpamanya. maka itu, cinta tidak bole dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut.
Kasih sayang kenderaannya cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit2 kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada tuhannya, die sanggup memperhambakan dirinya tanpa rasa takut dan penat. Biar apa pun ancaman yang dieberi, Tuhan masih dilihat utama. Cinta sebegini adalah yang paling agung.
Seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan lebih jauh tetapi seseorang yang sedang digelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah.
Kasih sayang adalah makanan roh. Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Advertisements
Published in: on July 26, 2009 at 11:53 am  Leave a Comment  

Berjuta Kawan, Seribu Sahabat

Persahabatan wujud daripada satu perkenalan dgn sepuluh pertanyaan, seratus keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dgn satu keikhlasan.
Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat da n membina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak dipanggil sahabat.
Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa seklaipun Ketika kita masih orang kecil, die taman ke sana ke mari. ketika kita sudah menjadi orang besar, die tidak terhegeh2 mencari peluang. Tetapi die disitu, sedia untuk menyokong kita supaya tidak rebah. tnapa pengetahuan kita, die sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Die berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan.
Tatkala payung kita kuncup die datang membawakan payungnya untuk kita. lalu kita sama2 berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, die rela basah ditimpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia.
Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perluka itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan.
Di manakah kita nak mencari orang seperti ini? Sebab itulah mungkin seorang pun payah hendak dicari daripada seribu orang yang ada. Seorang sahabat seperti itu perlu mempunyai ciri2 seperti berikut: Jujur, Unggul, Matang, Asli, Amanah dan Teguh.

Dia jujur, maknanye kita boleh letakkan kepercayaan untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita tatkala kite berpergian.
Dia unggul, maknanye kita boleh bersandar pada die tatkala kite hilang motivasi diri.
Dia matang, maknanye kita boleh dapatkan nasihat2 berguna atau merujuk masalah2 semasa yang kita hadapi.
Die asli atau tulen, maknanye peribadinya bukan ikutan atau tidak mudah luntu, tetapi selari dgn kehendaknya sebagai insan bertuhan.
Die amanah, maknana ciri2 ini sgt diperlukan dalam persahabatan.
Die teguh, maknanye kita boleh bergantung padanya pada saat2 getir.

Itu ciri2 sahabat. tentu payah untuk kite mendapatkannya. Ia payah sebab kite sendiri tidak bersikap seperti itu. Kalau kita bersikap seperti itu, semua yang akan datang kepada kita adalah orang seperti itu.
Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dgn lebih baik. Usah harapkan datang seseorang yang memiliki sifat2 jujur, unggul, matang, asli, amanah, terbilang dan teguh kalau kite sendiri seorang yang curang, lemah, berfikiran singkat, mudah terpengaruh, tidak amanah dan lembik.
Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan. Daripada satu perkenalan yang mudah menjadi erat apabila adanya pertanyaan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal. Dari situ lahirnya keyakinan. Meskipun kadang2 terpaksa memberikan seribu pengorbanan serta berjuta2 perjuangan, ia tetap pergi kepada yang satu iaitu keikhlasan.

Published in: on July 26, 2009 at 11:24 am  Comments (1)