Sayang!

Hehehe

Hehehe

 

Nama die Shiro!

Nama die Shiro!

 

Si kecil ni nama die Chiko!

Si kecil ni nama die Chiko!

 

Haha. Benda kecik mcm tikus atau tupai ni nama die sugar glider. Comel tak? hehe. Aku pun tak tau kenapa aku bela binatang ni. Padahal masa mula2 dulu aku plan nak beli anak ular kecik tu. Skali pegi cari2 byk dah takde stok. Then abg pet shop tu cakap skrang mana de orang main bela reptile dah, skrang orang bela mammal. aku pun tanye la mammal camne tu? Dalam hati aku dah igt bela monyet ke, gajah ke. skali tiba2 die bawak binatang comel ni. Aku pun terus terpegun dan terus rasa nak pegang. then abg tu kasi aku pegang die and die pun melompat dan berjalan2 atas bahu aku. Best gile. Bulu die pun cantik. Pastu binatang ni bole melompat2 atau pun glide sbb die ada mcm sayap kat bawah badan die yang bole membuatkan die glide.

Lepas pegang2 and main2 ngan die aku pun tanye la brape harga die ni. Kene lesen ke tak. Abg tu cakap takyah lesen and harga die rm400. Aku pun terus cakap kat abg tu sekejap, and aku terus g atm kluar duit. hahaha. Tak sabar betul. time tu tgh dah nak raya kot. So rileks la kan. Nnt raya dapat lagi. hahaha. time tu aku, adik aku, nazia, dee, and hanip pun pegi la atm cucuk duit then terus g kedai tu beli die.  Then dee pun terus cakap nama die Shiro. Pastu aku rasa cam sedap aku pun bagi la nama die Shiro.

Selang beberapa mggu lepas tu aku rasa cam kesian lak die sorg2 then aku beli kawan die, betina, and namakan die Chiko. hehe. Yang betina tu kecik lagi aku beli. umur baru 2 bulan and berharga rm300. Mahal2. Kadang2 menyesal gak beli tapi nak buat camne kan dah beli so bela je la. hahaha.

But now skrang dua2 ekor dah makin besar and cantik. Aku sgt sayangkan dorg. hehehe. Suke tgk die lompat2 kejar aku. hehehe. Ok la. Aku nak g potongkan epal and bagi dorg makan. hehe. Chow.

Salam 🙂

Advertisements
Published in: on April 23, 2009 at 5:54 pm  Comments (4)  

Say Hi to Garfield!

Kening die yang mahal tu!

Kening die yang mahal tu!

 

Relax~

Relax~

 

kakak aku memegang garfield

kakak aku memegang garfield

 

anak singa ke ape ni?

anak singa ke ape ni?

 

Garfield! Garfield ni lah kucing baru bapak aku. hehe. umur die nak tau tak brape? umur die baru setahun. Berat dah lima kilo. huhu. Kucing ni kucing hybrid. Mix ngan baka UK doctor die cakap. Tapi aku sgt suke buli die sbb die mcm klaka. hahahahaha. Ok la. Say hi to garfiled! 🙂

Published in: on April 22, 2009 at 10:06 am  Comments (4)  

Band Projek?

blog2

 

blog3

 

blog

 

blog

 

Haha! Ni bukan band projek ke ape. Ni sume gambar time kitorg g photoshoot untuk pupu. Die nak letak kat dalam portfolio die and untuk shutterbug competition. Ramai jugak la yang ada g photoshoot. Khalid pun ada dan lain2 photographer yang aku tak kenal. hehe. Gamba ni dishoot kat tanah lapang sebelah utp. Dekat2 dgn kebun orang ngan factory ape tah. Da la sebelum nak masuk simpang tu hampir2 accident. Mmg buat hal la pupu. Tapi pape pun best la dapat g photoshoot untuk pupu (bajet) hahahhaa. k la chow.

salam 🙂

Published in: on April 22, 2009 at 9:47 am  Comments (1)  

Music Fest 6!

Zul nyanyi dgn penuh semangat dan baik skali!

Zul nyanyi dgn penuh semangat dan baik skali!

 

From far

From far

 

Pidos!

Pidos!

 

Crowd yang happening!

Crowd yang happening!

 

yes!

yes!

 

Music Fest adalah satu annual event yang dianjurkan oleh Skarface Management untuk mencari bakat2 baru dalam local scene ni. Dan pada edisi yang ke-6 ni, band kami The Marshmallow Monsters telah dijemput untuk perform. Music Fest 6 ni diadakan di DNA Piazza di Ipoh. Sebanyak 12 band dijemput untuk perform pada hari tu and Funky Doryz telah dijemput sebagai guest band untuk hari tu.

Gig ni adalah performance kami yang ke-3, and kami rasa sgt seronok dapat perform di music fest 6 ni. Band kami dan band kawan kami, Theo Eyes, sampai awal pagi kat venue tu. Kami smpi sgt awal sampai pintu and organizer pun tak datang lagi. Kitorg datang awal sebab nak sound check punye pasal. Tggu punye tggu last2 organizer cakap sound check takde. Punya la kecewa kitorg. Dah la tak cukup tido, bgn pagi gila lak tu g ipoh. Then aku pun tido la dalam kete ngan wan sbb ngantuk sgt. Event tu start kol 2 petang, padahal jam aku baru tunjuk kol 11, so bek aku tido je dulu. Then masa tido dalam kete tu, aku check wallet aku tgk pick aku takde. Pastu terus aku ajak wan pegi Ebony Guitars kat ipoh. Aku kene gak cari pick yang sama sbb aku selesa pakai pick tu. Then kitorg pun pegi la drive g beli pick smbl2 usha guitar kat sana. Lepas g cari pick kitorg terus chow pegi kat venue tu balik and terus tukar baju and ready pape yang patut sebelum nek atas stage.

Lepas da setup instrument masing2, kitorg pun tggu la kat tepi stage tu, dan aku la yang paling cuak skali. tak tau naper siap rasa nak termuntah lagi. Mujur lah ada gula2 halls yang gf poser kasi kat aku. Habis sume aku bedal gula2 tu. haha. Thanks to her!. Then masa yang ditunggu telah tiba, band kami dipanggil untuk nek atas stage. Kitorg pun terus la setup ikut ape yang dah di plan kan masa practice session sebelum ni. Maklum la sound check takde so kitorg bajet2 sendiri la. Kitorg bawak 4 lagu time tu. Lagu first yang kitorg perform is Trying your luck (the strokes), then habis je lagu tu kitorg bawak lagu naive (the kooks). Time perform lagu naive ni crowd pun ramai yang sing along with us. Kitorg terus rasa cam semangat. After habis je lagu tu kitorg main lagu Take Me Out (franz ferdinand). time ni la crowd paling gile happening and enjoy sgt. Hampir sume nyanyi and dance kat bawah tu. And after that, last song yang kitorg main is Obstacle 1(interpol). Time ni crowd cam dah penat and byk jugak orang tak tau lagu ni. hehehe. after that song tunggu jugak orang mintak encore ke ape kan. takde pun. hahaha. sbb takde kitorg pun turun la stage and ready tuk support band mmbr kami, Theo Eyes.

Music fest 6 ni mmg byk kenangan yang best untuk aku dan kawan2 yang lain. Mmg tak bole lupa moment ni. Rasa cam nak patah balik je masa. hehehe.

oh lupa plak. Tracy dah takde dah bermain sebagai drummer kitrg sbb die da grad and skrang keje kat labuan. Tracy! kalau u baca blog i, u datang la sekali sekala jamming ngan kitorg. Rindu gile ar, hehehehe.

Salam.

Published in: on April 21, 2009 at 5:44 pm  Comments (2)  

Pool Party

Yeah!

Yeah!

 

Go tracy

Go tracy

 

Our new 2nd guitarist: Wan

Our new 2nd guitarist: Wan

 

Performing in front of the pool

Performing in front of the pool

 

Pool party ni private event kami dan kawan2 dalam utp. Party ni best jugak sbb ramai datang and ada live performance. Pastu makan pun sume best2. Ada barbeque. hehehe. Malam tu ada 4 band perform dan kami adalah opening band tuk malam tu. Venue yang organizer pilih untuk buat party ni adalah di batu gajah,perak. Malam tu kitorg perform 4 lagu iaitu A certain romance (arctic monkey), reptilia, 12:51, and last nite (the strokes). Pape pun party ni meninggalkan byk kenangan to us and our friends.  🙂

Salam.

Published in: on April 21, 2009 at 5:15 pm  Leave a Comment  

The Marshmallow Monsters!

 

Mendengar komen juri dan result dgn pasrah. hehe

Mendengar komen juri dan result dgn pasrah. hehe

 

with tasha, merangkap emcee mlm tu dan manager kami. hehe

with tasha, merangkap emcee mlm tu dan manager kami. hehe

 

rakan rakan yang mmberi support.

rakan rakan yang mmberi support.

 

We are ready to go!

We are ready to go!

 

Tracy!

Tracy!

 

We are on action!

We are on action!

 

The Marshmallow Monsters!

The Marshmallow Monsters!

 

Inilah dia The Marshmallow Monsters!  Band yang terdiri daripada aku, zul, tracy, dan poser. Jin dan Afzal merangkap sessionist untuk 2nd guitar dan keyboard. Gambar yang ada kat atas ni sume gambar masa first ever performance kami, iaitu di UTP sempena event Euphonious 08. Euphonious ni adalah satu competition event dimana sebanyak 23 band yang bertanding untuk merebut hadiah sebanyak rm1000 dan recording. Walau camne pun, band kami hanya bejaya untuk mendapat tempat yang ke 10 (rasanya la kot hehe) dalam competition tu.

Walaupun kami tak berjaya untuk ke grand finale minggu depannya, kami rasa berbangga and seronok sebab dapat ada experience mcm ni. Member2 pun ramai datang support. Thanks to Amir, Nyet, Azik, Ban, Bot, dan juga Tasha sebagai manager sebab bagi moral support. hehehehe. (sorry kalau ada tak sebut sbb dah tak igt. lama kot. haha). Malam Euphonious Preliminary Stage tu kami bawa dua lagu, Hapus aku (nidji) ngan Mardy Bum (arctic monkey). Ok la untuk band baru cam kitorg. Kitorg pun bukan hebat sgt pun nak bawak lagu susah2. yang kene shred sume. hehehehe.

By the way, malam tu mmg best ar. And start dari situ kami bercadang nak perform lagi kat mana2 tempat yang boleh. Sbb zul cakap best dapat nek stage. Mmg best pun. Sebelum naik cuak gile, bila perform best plak rasanye. hehehe. Papepun aku harap band ni dapat kekal lama and ada progress walaupun slow. Maklum la sume student lagi kan.  Ok la. Tak tau nak cakap ape lagi.

Salam. 🙂

Published in: on April 20, 2009 at 2:31 pm  Comments (1)  

The Young Man and The Starfish

A wise man was taking a surise walk along the beach. In the distance, he caught sight of a young man who seemed to be dancing along the waves. As he got cloder, he saw that the young man was picking up starfish from the sand and tossing them gently back into ocean.

“What are you doing?” the wise man asked.

“The sun is coming up, and the tide is going out, if i dont throw them in, they’ll die.”

“But young man, there are miles and miles of beach with starfish all along it. You cant possibly make a difference.”

The young man bent down, picked another starfish, and threw it lovingly into the ocean, past the breaking waves. “It made a difference for that one,” he replied.

That young man’s action represents something special in each of us. We are all gifted with the ability to make a difference. Each of us can shape our own future. Each of us has the power to help reach our goals.

Vision without action is merely a dream. Action without vision is just passes the time. Vision with action can change the world.

p/s. U can change. All u have to do is stop dreaming, wake up, and chase that dreams..

Published in: on April 18, 2009 at 8:23 pm  Leave a Comment  

Peralihan Bahasa

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama aku rasa cam lama tak bukak blog aku ni. Hampir2 gak lupa password. hahaha. hadui.
Bukan ape kehidupan kami pelajar2 utp untuk menikmati kemudahan internet (yang sepatutnye memudahkan pelajar) adalah amat susah skali. Aku pun tak tau kenapa bole jadi camni. Padahal dah lama kami para pelajar mengadu pasal bnda ni. Tapi sampai sekarang tak selesai lagi. Entah la.

Oh ya, hampir lupa aku, berbalik kepada tajuk diatas pasal peralihan bahasa. Sebenarnya, setelah direnung2 dan difikir2kan, aku rasa mcm aku nak tulis blog ni sume dalam bahasa melayu.
Kenapa aku nak tulis dalam bahasa melayu? kenapa aku tak tulis dalam english?
Satu, sbb aku rasa aku orang melayu patut untuk selalu menggunakan bahasa melayu ni sebagai bahasa pengantar. Kalau bukan kite yang nak mengangkat martabat bahasa kite ni, sape lagi?
Kedua, aku rasa bahasa melayu ni skrang lebih ‘stylo’ digunakan.
Ketiga, untuk memudahkan pengunjung2 blog aku senang nak faham apa aku tulis. Maksud nye aku nak komunikasi aku antara orang2 yang diluar lebih berkesan atau lebih efektif. Dari situ aku bole melebarkan skop pembaca2 blog aku ini. Atau dalam bahasa inggeris nye ‘target readers’.

so, dari hari ni aku akan tulis dalam bahasa melayu.
sekian.

Published in: on April 18, 2009 at 6:02 pm  Leave a Comment  

Is this it?

Salam.

So, is this it? Is this the new technology, what they call weblog or more known as blog that have attracted many online users around the world?
I think many people put their interest into blogging maybe because of want to express their words freely, want to share their feelings and also thought about almost everything without much hurdles. In other words, blogging give them opportunity the freedom to write and also give visitors to know something without too depends to the mainstream media that is so full of lies and slander.

By the way, in my blog, i think i want to share my personal thought about many topics that happens in todays life, and not just talking about only one specific topic only. I’ll try to tell and share many stories about what happened to me, to the people around me and more specifically, to the societies. I am the person that always so eager to know the truth and also have a great vision towards a better life.

The reason i start up a blog is not calculated to endear me to any particular section of people. Indeed it is most likely to cause dependency among some and severe resentment among most others. No apologies are offered. What i have written is written with sincerity.

Published in: on March 30, 2009 at 6:43 am  Leave a Comment