Perihal Saya

bref

Nama yang diberi adalah Muhammad Hafiz. Seorang lelaki Melayu dan beragama suci allah iaitu Islam. Die juga adalah seorang lelaki yang tinggi, segak, hensem dan bergaya ( seperti yang tertera di dalam gambar ). Sekarang ini sedang menyambung pelajarannya di University Technology of Petronas dan mengambil programme Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Sistem Maklumat Perniagaan atau dalam bahasa pasarnye Business Information System.

Muhammad Hafiz juga adalah seorang yang mempunyai pendirian, tegas, garang, bengis diluar tapi mempunyai personaliti lemah lembut dan hati yang ikhlas didalam. Dan sebab itu juga ramai yang tertipu dengan luarannya yang negatif dan mengakibatkan die sangat mudah ditafsir negatif oleh sebilangan orang diluar sana, dan kebanyakannya tidak kenal pun siapa dia. Ramai orang juga sampai menjadi takut disebabkan luarangnya yang bengis. Kadang kala beliau juga tidak faham kenapa, barangkali mungkin jika mereka menegur atau bertanya sesuatu, mungkin merekan akan mendapati kaki kanannya sudah masuk kedalam mulut ataupun hanya singgah sipi-sipi saja di cuping telinga mereka yang bertanya atau mengur beliau.  Walaubagaimanapun, beliau mendapati hanya golongan lelaki saja yang meghadapai situasi sebegitu, walhal golongan perempuan sangat selesa dan tak ada merasa apa-apa yang negatif jika berkawan dgn beliau. Dengan itu, orang selalu akan mendapati atau pun menyalah tafsir yang beliau adalah pencinta wanita dan macam2 lagi lah tafsiran negatif golongan lelaki terhadap situasi ini. Oleh itu, maaflah kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan yang berfikiran negatif ini.

Muhammad Hafiz juga adalah seorang yang sangat aktif didalam sukan. Antara sukan2 yang pernah beliau ceburi adalah olahraga, bola sepak, badminton, bowling, dan swimming. Pernah mewakili sekolah, daerah dan juga negeri. Beliau juga adalah seorang pencinta musik. Beliau mempunyai impian untuk mempunyai satu kugiran yang popular dan terkenal. Sekarang ini, beliau mempunyai kugiran bernama The Marshmallow Monsters yang diwakili semua oleh budak2 UTP juga. Mereka semua pernah perform sebanyak 4 kali. Memang jumlah show tidak banyak kerana kami semua masih sibuk belajar dan tidak sempat untuk menyempurnakan material2 mereka.

Oleh itu, setakat ini sajalah bebelan saya. Maaflah jika ada terkasar bahasa, terkasar tangan, terkasar kaki dan terkasar hati dengan anda. Semua ini tidak disengajakan dan mungkin juga disalahertikan oleh anda. Maaf sekali lagi saya pinta. Pape pun I Love U and Assalamualaikum. 🙂

Published on May 4, 2009 at 6:48 pm  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://thisisbreffa.wordpress.com/perihal-saya/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. *batuk*

    buat resume ke bang?

  2. hhahahahahahahahahaha.
    terbaik ah wak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: